Pertama sekali untuk abah aku Wan Ab Ghani Bin Wan Ab Rahman. Aku tak tahu macam mana aku nak gambarkan tentang abah aku ni. Dia jenis yang susah nak tunjukkan sayang dia pada anak-anak. Tapi aku tahu dia memang sangat sayangkan kami. Kalau tidak dia tidak akan bekerja keras mencari rezeki untuk menyekolahkan kami. Malah ada ketika dan waktu yang sukar… terutamanya di musim tengkujuh menjelma… namun tidak pernah sekali aku mendengar keluhannya.
Aku pernah menyuarakan ketidakpuasan hati aku pada Cik Moh (adik abah yang bungsu), tatkala aku mendapat keputusan yang baik dalam setiap ujian… abah aku tidak pernah menunjukkan emosi dia… adakah dia gembira, suka atau sekadar bolehlah… aku tidak tahu. Namun Cik Moh sering memujuk aku… “abah bukan tak ambil peduli tapi dia tahu setiap kelebihan dan kekurangan anaknya… macam La, dia tahu La jenis yang independent, jadi dia tak perlu risau…”
Namun bila usia sudah mengenjak dewasa aku makin mengerti. Aku tahu abah sayang pada aku… tiap kali aku pulang ke kampung, aku sedar akan tumpuan dan kasih sayang dia pada aku. Aku jadi terharu. Aku sayang sangat pada abah. Moga abah dianugerahkan oleh ALLAH swt kesihatan yang baik.
Untuk hubby aku... semoga dia akan menjadi papa yang baik untuk anak kami. Semoga dia menjadi ketua keluarga yang dapat membimbing kami... semoga kami dapat mengharungi waktu susah, waktu senang bersama.
Buat semua kaum bapa... SELAMAT HARI BAPA...
0
Lawatan ke Zoo Negara

Cuti sekolah yang lepas aku bawak Aysha ke Zoo Negara. Kali terakhir aku jejakkan kaki aku ke sana adalah pada tahun 1986. 1986 bayangkan 20 tahun... bukan 2 bulan, bukan 2 tahun tapi 20 tahun. Banyak perubahan yang berlaku sepanjang 20 tahun. Sudah banyak perubahan malah ada sesetengahnya aku sudah lupa.

Aku cukup gembira melihat keghairahan wajah Aysha menatap binatang-binatang yang terdapat di sana. Yang selama ini hanya dapat dilihat di kaca TV mahupun menatapnya di buku-buku koleksinya.

Sessi itu berakhir dengan pertunjukan orang utan, singa laut dan burung kakak tua... walaupun penat kerana terpaksa berjalan mengelilingi kawasan Zoo namun Aysha tidak sedikit pun mengeluh. Aku yang penat... !
Bila agaknya aku akan bawa Aysha ke sana lagi.... adakah kena tunggu 20 tahun lagi? Akupun tak tahu... !!
Subscribe to:
Posts (Atom)



