0

Fadhilat Bulan Muharram

Amalan pada 1 hingga 10 Muharram

1. Kelebihan & Amalan pada Hari Assyuuraa' 2. Amalan Pada 30 Zulhijjah & 1 Muharram.

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;

Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji dan Umrah, dan 10, 000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seoleh-oleh memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.

Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari. Jawab Rasulullah: Benar!.

Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa', dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';

  • dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
  • dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
  • dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
  • dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
  • dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
  • dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
  • dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
  • dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa'

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah berkata;
Hari Assyuuraa' ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Fir'aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat; engkau berpuasalah pada hari Assyuuraa'.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata;
Bahawa siapa yang melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa', maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.
Sufyan berkata. Telah kami cuba, maka rasakan kebenarannya.

Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata;
Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah, mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa'; maka tanya kepada mereka tentang itu. Jawab mereka; "Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s. dari Bani Israil terhadap Fir'aun dan kaumnya. Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini". Maka sabda Nabi SAW.; "Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu". maka Nabi SAW. menyuruh sahabat supaya berpuasa.


Abul Laits berkata;
Dinamakan Assyuuraa' kerana ia jatuh pada sepuluh bulan Muharram. Ada lain pendapat yang mengatakan hari Assyuuraa' kerana Allah telah memuliakan pada Nabi-nabi dengan sepuluh kehormatan;

  1. Allah telah menerima taubat Nabi Adam a.s.
  2. Allah menaikkan darjat Nabi Idris a.s.
  3. Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s.
  4. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada hari Assyuuraa' dan diangkatkan sebagai kholilulLah juga diselamatkan dari api.
  5. Allah menerima taubat Nabi Daud a.s.
  6. Allah mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit
  7. Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s.
  8. Allah menenggelamkan Fir'aun
  9. Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan
  10. Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Semua ini terjadi pada hari Assyuuraa' .. Sebahagian lain berpendapat, dinamakan hari Assyuuraa' kerana ia kesepuluh dari kemuliaan-kemuliaan yang diberikan Allah pada umat ini.


  1. Bulan Rejab ~ Allah menjadikannya sebagai kemuliaan nagi umat ini dan melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan umat-umat ini atas lain-lain umat.
  2. Bulan Sya'baan ~ Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Nabi Muhammad SAW. atas semua Nabi.
  3. Bulan Ramadhan ~ Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Allah terhadap semua makhluk.
  4. Lailatul qadr yang terlebih baik dari seribu bulan yang lain.
  5. Hari Iedul Fitri sebagai hari pembalasan (penerimaan upah)
  6. Hari-hari sepuluh (1 hingga 10 Zulhijjah) iaitu hari-hari untuk berzikir kepada Allah.
  7. Hari Arafah yang dosanya dapat menebuskan dosa dua tahun.
  8. Hari Iedul Adha iaitu hari berqurban.
  9. Hari Jumaat yang termulia dari semua hari.
  10. Hari Assyuuraa' yang puasanya dapat menebus satu tahun dosa.

Dan masing-masing waktu yang tersebut itu ada kemuliaan dari Allah diberikan kepada umat ini untuk membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka.

****

2. Amalan Pada Akhir Tahun dan 1 Muharram.

Sayugianya pada hari terakhir bulan Zulhijjah dan pada 1 Muhharam dibacakan doa-doa yang berikut;
1. Doa akhir tahun dan awal Muharram

2. Selepas sholat subuh pada 1 Muharram sayugianya dibacakan Ayatul Kursi sebanyak 360 kali dengan membaca isim Bismillahirrahmaa nirrahim pada setiap kali bacaan. Insya Allah barangsiapa yang mengamalkannya, akan diberikan keselamatan dan pemeliharaan dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki. Sesudah selesai hendaklah dibacakan doa berikut sebanyak 3 kali.

Semoga Allah melimpahkan rezeki dan limpah kurniaNya untuk kita agar dapat mengamalkan dan memuliakan kedatangan awal Muharram di alaf baru ini dengan cara sambutan yang dulaksanakan oleh para Rasul, Ambiya, Siddiqin, Aulia Allah dan orang-orang Sholihin.

Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :



  • ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
  • ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
  • Diciptakan lautan pada 10 Muharram
  • Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
  • Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
  • Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
  • Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
  • Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
  • Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
  • Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
  • Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
  • Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
  • Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
  • Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
  • Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
  • Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
  • Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
  • Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
  • Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
  • Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
  • Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
  • Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram
16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram
  1. Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram
    Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali (Apabila sampai bacaan kita pada ayat “Iyya kanak budu” kita berdoa di dalam hati tentang hajat kita – terutamanya untuk anak-anak. Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum.
  2. Puasa sunat pada hari 9 Muharram (Tasua’) dan 10 Muharram (Asyura)
    Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah.
  3. Menyapu kepala anak yatim. Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan. Allah akan mengangkat darjat kita.
  4. Memberi makan kepada orang yang berpuasa.
    Pahalanya adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.
  5. Mandi sunat. Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit.
  6. Menziarahi rumah orang alim.
  7. Menziarahi orang sakit. Sama seperti kita menziarahi seluruh anak Adam
  8. Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga.
  9. Bercelak mata – Boleh menghindarkan dari sakit mata
  10. Menziarahi kaum keluarga
  11. Mengerat kuku
  12. Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1 ribu kali. Allah akan memandang dengan belas kasihan.
  13. Sembahyang sunat 4 rakaat – 2 salam (2 rakaat x 2)
    (Sahaja aku sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala)
    Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat. Allah akan mengampunkan dosa 50 tahun yang lalu.
  14. Banyakkan bersedekah. Allah akan menggandakan pahala 1 kepada 700.
  15. Beri makan/pakaian kepada fakir miskin. Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam syurga.
  16. Berzikir (Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir) sebanyak 70 kali

... SELAMAT TAHUN BARU 1429 hijrah ...

Back to Top