0

Hey ya...

Salam semua, Terkesima. Terpinga-pinga. Blurr

Menunjukkan betapa dah lama saya tak login blog ni, hari ini login dia dah berubah wajah! Dan saya jadi tak reti nak mulakan dari mana... huhuhu

Sekarang ni kondisi saya agak libang-libu. Sibuk dengan kerja-kerja opis yang tak pernah nak habis. Bertambah banyak adalah... Dan saya juga sedang sibuk 'mentelaah' :) Satu Kerja yang saya suka! Dan alhamdulillah semua bahan bacaan yang saya baca sangatlah menarik. Buat saya nak 'Senyum Sampai Langit' kerana saya ada sesuatu 'Nah, untuk Awak!' baca kemudian nanti...

Sekadar nak maklumkan... saya akan berkampung di PWTC bermula tarikh 27-April hingga 1 Mei dan berehat 3 hari bersambung semula pada 5 Mei dan 6 Mei. Jadi jika ada kanda/dinda yang berkelapangan, jom lah datang memeriahkan PWTC... dan jangan lupa intai-intai saya di booth Jemari Seni ya. Saya nak sangat jumpa dengan dinda/kanda semua.

Jumpa nanti ya...

Salam Sayang,
0

Pesta Buku Antarabangsa KL 2012

Salam semua,

Saya sekadar ingin menghebahkan pada kalian para ulat-ulat buku sekelian (kalau ada yang masih belum tahu) bahawa acara yang dinanti-nantikan bakal tiba tak sampai sebulan sahaja lagi...

Jom ramai-ramai kita memeriahkan acara ini...


Jika kalian datang jangan lupa sapa saya di sini ya, TAPI saya hanya berada di booth Jemari Seni di hujung minggu dan cuti umum sahaja lah! hehehe


Takpun, cuba skodeng saya di booth ini. Yelah kot-kot saya merayap naik ke atas... hehehe


Jadi... jom la ramai-ramai kita memeriahkan acara gilang gemilang ini...

Jumpa kalian di sana ya...

Salam sayang,
Back to Top