0

(21) Baju Melayu Hijau Serindit

Penulis : Syud
Halaman : 430
Tahun : Mei 2011
Terbitan : Jemari Seni Sdn Bhd
Harga : RM19.00 (Sem. M'sia)/RM22.00 (Sabah/Sarawak)

Buku terbaharu karya Syud ini sebenarnya sudah lama saya khatam. Semasa Pesta Buku (2011) hari tu lagi saya dah habis baca. 1-kerana tuntutan tugas waktu itu, saya kena tahu apa kisahnya buku ini kalau-kalau ada yang bertanya. 2-sebagai penggemar karya-karya Syud, sememangnya karya terbaharu beliau sangat-sangatlah saya nantikan. Dan pastinya ia menjadi prioriti saya untuk dibaca.

Plot/Jalan Cerita:

Baju Melayu Hijau Serindit berkisah tentang Wardah yang polos. Kisah tentang Pacai yang 'tidak berapa budiman' (pada Wardah lah). Dan ini kisah yang berlaku di seputar hidup mereka. Takdir mereka terlakar dek naskhah Nyanyian Tanjung Sepi yang sudah payah untuk dicari. Pertemuan kali pertama yang menjengkelkan hati Wardah pada si dia yang memborong dua naskhah terakhir NTS. Pertemuan pertama yang tidak meninggalkan sebarang tanda pada Pacai. Yang dia ingat hanyalah sekadar si dia yang berkasut merah berjalan ketuk-ketak-ketuk-ketak.

Pacai, dia lelaki yang pernah kecundang dalam percintaan. 'Hati'nya pernah hilang dari dirinya suatu masa dahulu. Tapi, tak siapa di antara sahabatnya yang tahu sisi lain Pacai. Mengenali Wardah, dia jadi lelaki yang punya hobi baru, suka menyakat Wardah. Melihat Wardah jengkel, geram dan marah benar-benar membuatkan hatinya gembira. Dia rasa dia tak cintakan Wardah tapi dia akan rasa lain bila Wardah tak ada.

Apabila berita Ilham, jejaka idaman Wardah putus tunang sampai ke pengetahuan ibunya, hidup Wardah mula tidak tenteram. Ibu Wardah yang sememangnya berkenan pada Ilham mula membuat rancangan untuk menjodohkan mereka - Wardah-Ilham. Demi menggagalkan rancangan ibunya, Wardah harus mencari jalan. Misi mencari teman lelaki bermula. Tapi siapakah yang rela hati untuk menjadi 'teman lelaki olok-olok' pada Wardah?

Dan apa salahnya jika Wardah terima Ilham, bukankah Wardah itu sukakan Ilham? Jadi apa masalahnya? Ho! Ho! Ho! Ada sebab kenapa Wardah tidak boleh pilih Ilham walaupun bila berhadapan dengan Ilham, jantung Wardah akan berdetak dengan lebih pantas dan Wardah juga akan bertukar menjadi wanita yang terlebih ayu.

Jadi berjayakah Wardah mencari dia yang boleh dijadikan teman lelaki? Bagaimana pula 'watak' Pacai muncul dalam babak hidup seorang Wardah? Bagaimana kesudahan kisah mereka? Bacalah kalau ingin tahu.

Watak & Perwatakan:

Wardah dipotretkan sebagai anak gadis yang biasa-biasa. Dia anak gadis yang polos. Pada Firas dia bukan jenis orang yang menyimpan kata-kata dalam hati, dia gadis yang lurus dan jujur. Wardah dia gadis yang berpegang pada fakta dan logik. Tapi ada kalanya dia boleh jadi gadis yang 'blurr' dan naif.

Pacai atau Mohammad Firas Adam adalah lelaki yang tidak berapa budiman pada pandangan (pertama) Wardah. Pada sahabat-sahabatnya, dia lelaki yang suka buat hal sendiri, lelaki yang tidak pernah ada masalah besar dalam hidupnya. Bahkan Umar pernah kata dia kasanova dan semua sahabatnya bagaikan percaya! Pada Najlaa pula, dia lelaki yang tidak pernah serius dalam hidupnya. Hakikatnya dia masih seorang lelaki yang punya hati dan perasaan. Cuma kelebihannya dia bijak menyembunyikan rahsia hatinya. Bak kata Adil, dia lelaki yang tersangat positif. Pada saya, dia lelaki yang bertanggungjawab. Lelaki yang tahu apa yang dia inginkan dalam hidupnya.

Adil dia sahabat Pacai. Mereka bersahabat sedari zaman 'U' hinggalah ke alam pekerjaan. Dia sahabat yang Pacai tidak boleh sembunyikan apa-apa daripadanya. Dia sahabat yang dengan mudah dapat 'membaca' segala riak dan tingkah Pacai. Tanpa perlu disoal, Pacai akan bercerita tanpa paksaan.

Nik dia sahabat baik Wardah. Sahabat yang sentiasa bersama Wardah di kala Wardah ditimpa masalah. Sahabat yang dicari oleh Wardah untuk sessi luahan hati juga sebagai pakar motivasi dan penyumbang idea tatkala Wardah kebuntuan. Dia orang kepercayaan Wardah.

Ilham dia digambarkan sebagai lelaki baik, lembut tutur kata, sedap mata memandang, pandai dan bermacam lagi sifat baik yang dimilikinya. Bahkan dia menjadi orang kanan dan orang kepercayaan En. Bakhtiar ayah Wardah untuk menjemput/menghantar Wardah balik kalau ayahnya ada hal.


Sekacip Pinang:

Jika ditanya pada saya apa istimewanya Baju Melayu Hijau Serindit ini, secara jujurnya saya tidak dapat memberi jawapan yang tepat. Bukankah setiap pembaca punya skala penilaian mereka yang tersendiri? Bukankah nilai 'best' itu berbeza pada setiap orang? Juga subjektif untuk diberikan penilaian, bergantung pada kesukaan dan genre pilihan pembaca itu sendiri kan? Kalau yang gemarkan hanya karya-karya Sci-fiksyen dan disuruh baca novel cintan-cintun pastinya tidak akan 'masuk' dengan selera mereka betul tak? Jadi 'best' atau tidak andalah yang tentunya.

Tapi bagi saya, saya gemarkan karya-karya Syud kerana ceritanya yang simple. Ya, adakalanya saya perlukan bahan bacaan yang tidak memerlukan saya memerah otak berfikir yang akhirnya membuatkan saya migrain, atau berhari-hari saya dok mengusung rasa bengang hingga mempengaruhi pembacaan saya. Saya hanya ingin nikmati saat-saat indah membaca dalam suasana yang nyaman di hati. Yang akan membuatkan saya hanya ingin senyuuummmm sahaja! hehehe Jadi untuk bacaan santai tulisan Syud lah yang saya pilih!

Saya sukakan karya-karya Syud kerana setiap watak dan perwatakannya bagaikan 'mereka' hidup di dunia nyata, bagaikan mereka wujud di luar sana. Yang tinggal di suatu tempat di muka bumi ini (mungkin di Kota Tinggi? Atau di JB? Atau berada di sekitar kehidupan kita di Lembah Klang ini?? Siapa tahu kan? hehehe).

Bahkan cerita 'mereka' juga digarap dengan indah hinggakan saya yang membaca terasa 'manis'nya. Syud menulis tentang 'mereka' yang dekat di hati. Yang membuatkan hati saya sebagai pembaca terasa tempiasnya. Ya, kisah 'mereka' hanyalah kisah-kisah biasa yang diluarbiasakan oleh penulis.

Satu lagi trademark Syud, setiap watak saling 'bersahabat'. Pacai, Adil (Untuk Awak Teja Aulia), Azril (Tentang... Dhiya), Umar Hamka, Topek, adalah sekumpulan anak muda yang bersahabat baik dan menyimpan pelbagai cerita mereka yang tersendiri. Mereka sahabat yang saling bantu membantu, yang menjadi sahabat di kala senang mahupun susah.

Satu kelebihan bila setiap watak saling berkait, pembaca akan terasa lebih jelas tentang siapa mereka, apa cerita mereka dan jika pembaca yang belum tahu 'whose who', pastinya akan terdetik di hati mereka untuk ambil tahu siapa sebenarnya mereka dan salah satu cara untuk tahu adalah dengan membaca karya-karya Syud yang terdahulu.

Hanya jauhari yang mengenal manikam. Ya, hanya para penggemar tulisan Syud sahaja yang tahu apa yang cuba saya sampaikan. Selamat membaca, moga menghiburkan dan bermanfaat untuk anda!

0

Keputusan Cabaran 50 Buku : Julai 2011

Salam semua,

Rasanya masih belum terlewat untuk kakwan mengucapkan Salam Ramadhan buat kalian yang sudi singgah di sini. Walaupun Puan nya boleh dikira dengan jari, jenguk sini. Alhamdulillah kita masih dipertemukan dengan bulan yang penuh dengan keberkatan ini... moga Allah swt permudahkan segala urusan kita. Dan semoga semangat membaca kalian tidak tergugat di bulan puasa ini. Yelah selain melakukan ibadah sunat di bulan Ramadhan ini, amalan membaca juga tidak dikesampingkan. Membaca juga satu ibadah kan? Tapi biarlah bahan bacaan yang kita baca itu bersesuaian dengan bulan yang mulia ini...

Okeylah. Pertama sekali kakwan nak mohon maaf atas kelewatan untuk mengumumkan senarai 10 ulasan terpilih untuk bulan Julai. YA sangat lewat daripada waktu yang sepatutnya kakwan umumkan. Bebanan kerja di pejabat dua kali ganda banyaknya. Ingatkan di bulan puasa ini boleh rehat sikit, mana tahu bertimpa-timpa kerja yang datang (alasan? tapi inilah hakikatnya *sedih + penat*)

Inilah senarai 10 ulasan yang telah dipilih oleh panel. (Nama tidak mengikut urutan)

1- Aimie - Hanya Dia Sufi
2- AS - Nurul Laila Suria
3- A&N - Jejak-Jejak Songsang
4- FZ - Sweet Sour
5- FHS - Quartet
6- KK - Baju Melayu Hijau Serindit
7- MB - Kentang
8- R - Anaknya Anakku Jua
9- SS - Bawa Hatimu Kepada Tuhan
10- WA - Contengan Jalanan


Tahniah ya pada pemenang! Pada kalian yang tidak terpilih masih ada peluang lagi... Ayuh, baca dan ulas!

Salam sayang,
kakwan
Back to Top