0

WA : Cabaran 50 Buku : (7) The Notebook

Pengarang : Nicholas Spark
Halaman : 213
Tahun : 1997/98
Terbitan:
Harga :

Blurb:

At thirty-one, Noah Calhoun back in coastal North Carolina after World War II, is haunted by images of the girl he lost more than a decade earlier. At twenty-nine, socialist Allie Nelson is about to marry a wealthy lawyer, but she cannot stop thinking about the boy who long ago stole her heart. Thus begins the story of a love so enduring and deep it can turn tragedy into triumph, and may even have the power to create a miracle…


Kata Saya :

Ini kali pertama saya baca karya Nicholas Sparks. Selalu ke kedai buku hanya pegang-belek depan belakang, baca blurb, letak balik. Ambil karya NS yang lain, belek depan belakang, baca blurb letak balik. Tapi oleh kerana ada orang (my sirman) baik hati nak bayarkan, apa lagi tanpa berlengah dua buah (mulanya nak ambil 3 buah) karya Nicholas Sparks yang saya beli iaitu The Notebook dan A Walk To Remember.

The Notebook adalah sebuah kisah cinta yang manis dan romantik. Kisah cinta Noah pada Allie. Noah jatuh cinta pada Allie ketika mereka masih muda (15 tahun). Cinta Remaja. Cinta yang dibawa pergi oleh Allie bertahun-tahun lamanya. Bertahun-tahun Noah hidup bersama memori indah bersama Allie. Bahkan peperangan (WWII) pun tidak mampu menghilangkan ingatan Noah pada Allie, cinta pertamanya.

Allie Nelson, 29 tahun, telah bertunang dengan Lon Hammond Jr yang kacak, bijak, seorang peguam yang berjaya dan datang daripada keluarga yang berpengaruh.

Segalanya berubah pada suatu petang apabila Allie muncul di hadapan rumah Noah. Rumah yang pernah menjadi idaman mereka ketika remaja. Selepas bertahun-tahun terpisah, masihkah ada cinta di hati Allie untuk Noah? Atau cintanya hanya untuk Lon tunangannya?

Membaca kisah ini, saya jadi kagum pada Noah. Cintanya hanya untuk Allie walaupun ada ketikanya saya jadi sedih (bagi pihak Noah) kerana di akhir-akhir usianya cinta hatinya sudah lupa siapa dia. Namun rasa cintanya tetap utuh buat Allie. Ini kisah lelaki yang tidak mampu melupakan cinta pertamanya. Lelaki yang setia pada cintanya walau musim berganti, walau usia meniti senja.

Bayangkan bagaimanakah perasaan kita apabila berpuluh-puluh tahun hidup bersama, di suatu hari orang kesayangan kita bertanya "adakah saya mengenali kamu"? Sedihhhhh!!!


0

Tajuk Ulasan/Resensi Buku untuk acara 'Jom Lomba Baca'

Salam semua,

Terutamanya untuk geng Lomba Baca di blog ulatBuku.

Apabila kalian menyediakan ulasan/resensi sesebuah buku untuk dipaparkan diblog ulatBuku sebagai salah satu syarat penyertaan, anda digalakkan menggunakan format sebegini:

WA (gantikan dengan initial anda) : Cabaran 50 Buku : (1)<- buku pertama Tajuk Buku sebagai tajuknya.

Contoh:
WA : Cabaran 50 Buku : (1) Tajuk Buku
* WA- nick/initial untuk kakwan
* (1)-buku pertama yang kakwan baca/ulas,(2)-buku kedua dan seterusnya hinggalah ke (50) untuk buku ke-50

Nota kaki: Ulasan haruslah diemailkan pada kakwan DAN Adhan. Hanya ulasan yang diemail pada kami sahaja akan kami paparkan di blog ulatbuku. Kalau boleh emailkan sekali gambar bukunya untuk memudahkan kerja kami meletakkannya di blog ulatbuku.

* * * * *

Initial 'Geng'

1. Wan Amalyn [WA]
2. Adhan [DN]
3. RinnTisan [R]
4. Airina [A & N]
5. Arirada [Arirada]
6. Miszagent [MiszA]
7. Mardihah Adam [MA]
8. Suhaili [SSS]
9. Adileah [Lia]
10. Ain Sabrina [Ain]
11. Ayu Abu Bakar [AAB]
12. Aminah [CR]
13. Ummu Hakeem [UH]
14. Azimuddin [Azim]
15. Azizah [Aimie]
16. Khaulah Khalid [KK]

Senarai nama bersama initial/nick akan kakwan update dari masa ke semasa jika ada pertambahan penyertaan.

Salam sayang,
3

'Jom Lomba Baca' sudah ada PENAJA!!!

Salam semua,

Wah! Sememangnya ini adalah berita baik yang tidak dijangkakan. Acara 'Jom Lomba Baca' kita ini telah mendapat perhatian khusus daripada pihak Jemari Seni Sdn Bhd dan pihak Jemari Seni Sdn Bhd (JS) telah berbesar hati menaja acara 'Jom Lomba Baca' kita ini.

Saya bagi pihak Ulatbuku ingin merakamkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak JS yang sudi menaja acara yang tidak seberapa ini. Moga acara ini akan mendapat sokongan daripada anda semua. Dan masih belum terlambat untuk anda menyertai acara ini. Penyertaan anda amat-amat dialu-alukan untuk turut serta memeriahkan lagi acara 'Jom Lomba Baca' ini.

Jomlah Lomba Baca!!!

* * * * * * * *


CABARAN 50 BUKU
Anjuran
ULAT BUKU
Logo UB

tajaan
JEMARI SENI SDN BHD


Sepuluh Hadiah Bulanan:
10 buah buku Jemari Seni Sdn. Bhd. terbitan terkini untuk sepuluh resensi buku pilihan.

Hadiah Utama:

Hadiah Pertama
(a) Baucar bernilai RM200 untuk membeli buku di Toko Buku JS
(b) Hadiah hamper barangan solek bernilai RM200 – Body Shop
(c) Koleksi kerongsang bernilai RM100 daripada Pulau Nami 

Hadiah Kedua
Baucar bernilai RM150 untuk membeli buku di Toko Buku JS

Hadiah Ketiga
Baucar bernilai RM100 untuk membeli buku di Toko Buku JS

* * *

Syarat-syarat:

(a) Cabaran 50 Buku - ‘ Jom Lomba Baca’ terbuka kepada semua pembaca buku di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia (sila lawat laman sesawang http://ulatbuku-06.blogspot.com/ )
(b) Anda boleh mengulas buku apa sahaja daripada mana-mana penerbit pun, serta daripada apa-apa genre juga.
(c) Buku pilihan mestilah menggunakan bahasa Melayu dan ulasannya juga menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.
(d) Anda berhak menerima cenderahati bulanan berupa sebuah buku daripada Jemari Seni Sdn. Bhd. sekiranya ulasan anda terpilih sebagai resensi pilihan bulanan.
(e) Pilihan resensi terbaik bergantung pada bagaimana anda dapat meyakinkan pembaca, buku tersebut patut dimiliki. Ini tidak bermakna anda tidak boleh mengkritik cuma komen serta saran yang positif adalah lebih digalakkan.
(f) Resensi pilihan bulanan akan dicalonkan untuk hadiah utama hujung tahun selari dengan tamatnya Cabaran 50 Buku – ‘Jom Lomba Baca’
(g) Walau bagaimanapun penganjur (Wan Amalyn) dan kakitangan Jemari Seni Sdn. Bhd. tidak layak menerima hadiah utama.
(h) Hadiah akan dikirimkan melalui pos.

Jom Lomba Baca!!!


0

Cabaran 50 Novel : (5) Harga Sebuah Cinta ~ Hani Fazuha

Pengarang : Hani Fazuha
Halaman : 464
Tahun : Januari 2011
Terbitan : Alaf 21
Harga : RM18.00

Blurb:

KENAPA setiap kali hati berdetik meminta bahagia, kita harus membayarnya dengan titis air mata? Cinta Fea bersama Arman tidak kesampaian. Segalanya menjadi kenangan yang menyakitkan buat Fea. Sejak itu, terasa sukar sekali dirinya meraih bahagia.

Perkenalan Fea dengan Zura membuka ruang untuknya mengenali Ikmal. Lelaki itu punya segalanya. Namun, persahabatan itu jugalah yang menyebabkan hatinya kembali berdarah. Dia mendapat tahu bahawa Zura adalah kekasih baru Arman. Keadaan menjadi genting apabila Arman berhasrat ingin merawat cinta mereka yang telah lama terputus. Lantas, lamaran Ikmal dianggap penyelamat untuk Fea keluar dari kemelut itu. Malangnya, memilih Ikmal ternyata bukan jalan penyelesaian. Sekali lagi dia diuji sehingga hampir-hampir dia terhenyak duduk tidak berdaya.

Dalam kekalutan, Zhafir tiba-tiba menawarkan diri atas nama pengorbanan kerana bagi Zhafir, Zura lebih berhak memiliki cinta Arman. Fea keliru. Andai perkahwinan mereka berlandaskan pengorbanan, kenapa Zhafir sanggup jatuh miskin semata-mata untuk mendapatkan haknya sebagai suami? Ada apa pada gadis biasa sepertinya sehingga banyak hati yang harus terluka?

Kata Saya:

Harga Sebuah Cinta kisah tentang rentetan hidup Fea (Hanisofea) si gadis manis anak bekas orang gaji seringkali diduga. Cinta pertamanya dengan Arman ditentang hebat oleh Puan Syarifah Maznah ibu Arman. Padanya Fea tidak layak untuk bergandingan dengan anaknya Arman. Padanya Fea tidak setaraf dengan keluarga mereka yang 'berdarjat'. Sementelah pula ibu Fea merupakan orang gaji mereka.

Dalam kepayahan Fea berjuang untuk berjaya dalam pelajaran, kerana hanya dengan ilmu dia bisa merubah nasib mereka berdua. Bagi menampung perbelanjaan, Fea bekerja di kedai bunga bagi meringankan beban ibunya yang bekerja menoreh getah selepas diberhentikan kerja dan dihalau keluar daripada rumah sewaan milik keluarga Arman. Dalam masa yang sama Fea menyambung pelajarannya.

Persahabatannya dengan Zura menemukan dia dengan Ikhmal, sepupu Zura. Ikhmal yang periang dan happy-go-lucky. Juga Zharif, abang Zura yang pendiam, pemerhati dan ‘kerek’ di mata Fea. Lebih mengharukan lagi keadaan, mereka (Ikhmal & Zharif) bersahabat baik dengan Arman yang pernah membuatkan hati Fea luka berdarah. Tapi yang paling merumitkan keadaan, Arman adalah lelaki yang menjadi dambaan Zura, sahabat baiknya.

Di kala hidupnya penuh celaru, ibunya pergi meninggalkannya sebatang kara. Dia hilang tempat bernaung kasih. Dia hilang sumber kekuatannya. Dan yang lebih malang, dia dibuang kerja gara-gara cuti mengejut ekoran kematian ibunya. Peritnya takdir yang tertulis buatnya.

Hidupnya tambah ’kucar-kacir’ apabila Ikhmal pula mula menagih kasihnya padahal sebelum ini dia berkawan dengan Nisha. Arman yang masih sayangkannya berusaha untuk merebut kembali cintanya. Ketika hati Fea mula memilih Ikhmal, dia diduga lagi. Atas dasar persahabatannya dengan Zura, Fea menolak Arman dengan cara menerima lamaran Zhafir walaupun hatinya langsung tidak boleh melupakan Arman, cinta hatinya yang pertama.

Bagaimanakah kesudahan nasib Fea? Mampukah digapai bahagia yang didambanya? Jawapannya ada dalam naskhah ini.

* * *

Selepas Mengukir Bahagia dan Bebunga Kasih, Hani Fazuha kembali merancakkan dunia penulisan dengan karya terbaharunya Harga Sebuah Cinta (HSC).

HSC yang mengangkat tema cinta, persahabatan dan kekeluargaan ini memperlihatkan kematangan Hani Fazuha dalam berkarya. Dengan gaya bahasa yang mudah, tapi ada kalanya terselit rasa 'manis'nya ketika dibaca memudahkan saya menghadamnya. Di kala 'Fea' sedih, saya turut sama merasainya. Ditambah dengan plot cerita yang menarik membuatkan saya tidak perlu meluangkan masa yang lama untuk menghabiskannya. Naskhah ini sememangnya berjaya membuatkan saya ingin baca dan terus baca hingga ke penamatnya untuk mengetahui kesudahan kisah Hanisofea ini.

Tahniah Hani untuk karya yang sweet ini!


For The Rest Of My Life...

Special dedicated to him...



I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you... loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I
I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..


0

Cabaran 50 Novel : (4) Dari Kerana Mata ~ Norhayati Berahim

Pengarang: Norhayati Berahim
Halaman : 870
Tahun : Januari 2011
Terbitan : NB Kara
Harga : RM28.00

Blurb:

Cinta itu tidak pernah berubah walau musim berganti

Bolehkah dipercayai cinta seorang kanak-kanak yang tidak punya apa-apa? Bolehkah dipegang segala janji dan kata-kata? Bagi ramai orang, cinta seorang kanak-kanak hanya cinta monyet, cinta yang cepat pudar dan hilang dalam sekelip mata. Cinta yang akan melompat dari satu dahan ke satu dahan, dari pokok pokok dan pergi tanpa apa-apa rasa?

Tetapi bagi seorang anak kecil seperti Atan, cintanya terlalu tulus buat Jaliha. Cinta yang datang dari mata turun ke hati. Cinta yang memicu dia terus berdiri dan berlari.

Cinta bagi seorang kanak-kanak, ianya terlalu jujur untuk dikhianati dan walau musim berganti. Cinta itu tidak pernah berubah walau seinci.

* * * * *

Membaca tajuk novel terbaharu karya penulis tersohor, Norhayati Berahim ini minda saya terngiang-ngiang lagu dendangan R. Azmi dan secara automatik bibir mula menyanyikan bait-bait lagu ~Dari Kerana Mata yang mempunyai kuasa... Oh aku tergoda... aku tergoda terkecewa.. jeng jeng... hahahaha

Dari Kerana Mata (DKM), kisah tentang Jaliha anak pensyarah maktab yang sering berpindah randah mengikut ibunya. Dari Seremban ke Melaka mereka berpindah membuatkan Jaliha tidak sukakan keadaan itu kerana dia sering kehilangan sahabat tatkala berpindah rumah dan sekolah. Jaliha, si anak yang dibenci ibu sendiri, sering di bela oleh si nenek. Dan hanya Johari, si abang yang menjadi sahabat baiknya, yang sering mempertahankan dirinya tatkala dipukul oleh si ibu.

Atan anak yatim yang kehilangan bapa dan ditinggalkan oleh ibunya kepada si nenek untuk di bela. Nenek Boyah yang miskin, yang hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun Atan anak yang baik pekerti, yang insaf akan keadaan diri, berusaha membantu meringankan beban si nenek. Sanggup bersusah payah dengan si nenek.

Perkenalan mereka, membuatkan zaman kanak-kanak Jaliha kembali ceria. Persahabatan mereka membuatkan Atan punya sahabat yang sanggup susah senang bersama. Memberi peluang pada Atan berkongsi ‘abang’ (Johari) dengan Jaliha untuk dia menumpang kasih. Pada Jaliha dan Johari, kaya-miskin bukan syarat untuk bersahabat dengan mereka. Dan sebuah basikal yang menjadi pengikat hati mereka.

Namun takdir memisahkan mereka apabila nenek kesayangan Atan kembali kerahmatullah. Atan yang sebatang kara hilang tempat bergantung. Pada hari Atan di bawa pergi dari hidup Jaliha & Johari tanpa rela, mereka kehilangan sahabat yang dikasihi. Hanya kenangan yang tinggal sebagai azimat dan doa moga dengan ihsan-Nya mereka bisa ketemu di suatu masa nanti.

Hidup dijalani sebagaimana yang diaturkan takdir. Jaliha yang telah tamat pengajian dengan gelar Doktor Jaliha, membuka butik pengantin dan menjadi perancang perkahwinan. Johari yang cemerlang dengan gelar Doktor membuka klinik sendiri. Namun ‘Atan’ mereka masih belum mendapat khabar berita apatah lagi untuk ketemu.

Bagaimanakah nasib si Atan apabila dia dibawa pergi oleh mereka yang bergelar ibu & ayah angkat? Masihkah takdir menyebelahi mereka, memberi peluang untuk mereka bertemu? Jawapannya ada di dalam naskhah setebal 870 mukasurat ini.

Rasa Saya:

Dari Kerana Mata (DKM) ini bukan sekadar berkisah tentang Jaliha – Atan – Johari semata. Ada Zaitun yang menjadi sahabat Jaliha sedari kecil. Ada Nik Azri yang membuka madrasah di Pattani, yang bercita-cita ingin menjadi peniaga berjaya. Ada Akim, anak Zaitun yang menjadi penghibur Jaliha, Johari dan Haji Arshad (bapa tiri Jaliha). Ada Dr. Ramona si ibu yang bencikan anak kandung sendiri. Ada Deraman si lelaki yang tidak bertanggung-jawab. Pendek kata ada ’ramai’ lagi watak yang menghidupkan jalan cerita ini.

DKM bergerak mengikut kronologi. Berkisah seawal mereka di usia kanak-kanak (8 tahun) hinggalah ke usia mereka yang meningkat dewasa (lebih 30 tahun). Berkisar tentang erti persabahatan. Tentang pengorbanan seorang sahabat terhadap sahabatnya tanpa mengharapkan balasan. Tentang pentingnya ikatan kekeluargaan walau seburuk mana sekalipun layanan mereka. Pendek kata DKM yang mengangkat tema kekeluargaan dan persahabatan ini sarat dengan kisah yang memberi pengajaran, teladan dan iktibar buat kita.

Saya rasa naskhah ini boleh dipendekkan andainya teknik imbas kembali (flashback) digunapakai. Namun saya sedar mungkin ini adalah trademark penulis yang lebih gemar bercerita sedari awal cerita (A) hingga ke noktah akhir (Z) mengikut turutannya. Sebagai pembaca, anda tidak perlu risau akan hilang punca. Tapi apa yang tidak syoknya, naskhah yang setebal 870 halaman ini membuatkan tangan saya lenguh bila harus memegangnya dalam jangkamasa yang agak lama. Lagi satu, tabiat saya yang gemar membaca ala-ala Cleopatra (sambil baring) agak menyakitkan apabila buku ini terjatuh ke atas dada... tak percaya? Cuba lah baca sambil baring! Hehehehe

Selamat membaca!

2

11 tahun

Salam semua,

Sedar tak sedar,
11 tahun sudah berlalu
11 tahun yang penuh warna-warni
11 tahun yang mencoretkan pelbagai kisah suka duka
11 tahun yang melakarkan kenangan terindah buat kami
11 tahun yang membahagiakan walau ada kalanya gelora datang menerjah

Ya sudah 11 tahun usia perkahwinan kami.
Moga ikatan perkahwinan kami ini akan kekal untuk selama-lamanya...
Kerana dialah... cinta hati saya!



Lagu ini adalah kenangan terindah yang melekat kuat dihati saya... lagu yang sering dia nyanyikan pada saya ketika kepala tengah serabut dengan kerja-kerja studio. Ya dia classmate saya ketika kami sama-sama belajar di UiTM Shah Alam hampir 20 tahun yang lalu. Wah! lamanya!! hehehe

5

Cabaran 50 Novel Setahun

Salam semua,

Pada awalnya saya sekadar mencabar diri sendiri untuk membaca 50 buah buku sepanjang tahun 2011 ini. Cabaran saya untuk diri sendiri ini adalah untuk mendidik diri saya agar konsisten membaca. Rupa-rupanya cabaran saya ini disahut oleh adinda saya Adhan. Wah! saya sudah ada pencabar! Tapi saya sukaaaa... kerana sekurang-kurangnya saya tahu saya ada 'musuh' yang harus saya 'tentang'.

Dan bermula acara 'cabar-mencabar' di blog lepak kami (duluuu laaa) di Blog Ulatbuku. Rupa-rupanya, ada pula rakan-rakan yang berminat untuk menyertai acara 'Lomba Baca' kami ini. Saya rasa amat-amatlah berbesar hati mengalu-alukan kedatangan kalian semua dalam acara 'Lomba Baca' ini.

Jadi di sini saya ingin menguar-uarkan pada kalian yang sudi singgah di sini untuk menyertai kami. Sekadar untuk suka-suka sahaja! Lagipun tak salahkan kita berkongsi membaca dan berkongsi info tentang apa yang kita baca kan?

Syarat-syaratnya sangat mudah. Apa yang perlu kalian buat adalah :

(a) daftarkan nama anda beserta url blog anda kepada kami di amalynputri@gmail.com (Wan Amalyn) atau dunia_novel@yahoo.com (Adhan)
(b) sediakan sinopsis/resensi novel/buku yang anda baca (ikut keselesaan anda) ke blog anda DAN
(c) emailkan sinopsis/review novel/buku tersebut kepada kami untuk kami 'post' sinopsis tersebut ke blog Ulat Buku
(d) letak 'link' blog Ulat Buku (http://ulatbuku-06.blogspot.com/) dalam blog anda.
(e) sinopsis/resensi buku/novel yang dibaca mulai 01 Januari 2011 (sebelum 01 Jan 2011 tak diterima)

Tempoh Cabaran: 01 Januari 2011 - 31 Disember 2011
(hanya novel/buku yang dibaca dan dibuat sinopsis mulai 01 Jan sehingga 31 Dis 2011 sahaja)


Itu sahaja syarat-syaratnya. Mudahkan? Jadi... anda berani sahut cabaran ini??

Mungkin tiada apa-apa hadiah yang dapat kami tawarkan untuk anda sebagai juara, tetapi saya amat berharap agar apa-apa sahaja bahan bacaan yang kita baca akan memberi manfaat/info yang berguna pada kita. Anggaplah itu sebagai 'hadiah' atas kecemerlangan anda menyahut cabaran ini. Dan lagi satu, tiada juara yang akan dinobatkan nanti dan tiada denda yang akan dikenakan juga jika anda tidak berjaya menghabiskan 50 buah bahan bacaan selama tempoh ini (1 Januari - 31 Desember 2011). Tetapi sekurang-kurangnya kita berjaya menafikan andaian bahawa rakyat Malaysia malas membaca.

Selamat berjuang untuk anda yang berani....


Tahun arnab...

Salam semua,

Sebagaimana tahun-tahun sudah, bila tibanya raya cina banyak lah hamper yang dihantar oleh supplier dan sub-con kat office saya. Dan tahun ni hamper yang office dapat melebihi jumlah staff jadi apa lagi seronoklah (mereka yang berkenaan) kerana staff cha-ya-nun-alif boleh dapat sampai 2 hamper seorang.

Saya? tak la suka mana sebab bukan semua benda yang ada dalam hamper tu boleh dimakan. Ada yang tak halal dan ada juga yang was-was nak makan (jadi lebih baik jangan makan nanti jadi syubhah pula kan?).

Selepas cabutan inilah yang saya dapat.
Nampak aje besar tapi sebenarnya bila dibuka sikit saja yang boleh dibawa balik. Seperti air dalam botol tu saya tinggalkan pada 'mereka' dan ada sarang burung, saya tak reti nak makan jadi saya ex-change dengan mereka. Mereka bagi saya kek layer (yang harganya beberapa ringgit sahaja!). Tak adil! Tapi nak buat macam mana kan??

Tapi nasib baik la bos berbaik hati, kerana ada seorang sub-con (best friend bos) bagi Voucher Jusco instead of hamper, jadi untuk staff melayu dan technician ada cabutan bertuah. Dalam sampul angpow diisi dengan jumlah yang akan kami dapat seperti RM100, RM50, RM30 & RM20. Biasalah saya yang sememangnya tak bertuah ni malaslah nak berebut ambil, jadi minta Ms. Ooi tolong cabut. Sebenarnya dia yang excited lebih (& frust tak dapat cabut juga) dapatlah RM50.


Dan tahun ni saya baru dapat satu angpow. Selalunya dekat-dekat nak cuti panjang ni saya dah boleh ber'shopping' bila tiba cuti... Tak apalah bukan rezeki saya tahun ni kot... tapi tak tahulah kalau dapat lepas cuti kan?? hehehe

Office saya akan mula bercuti mulai esok (2 Feb) sehingga hari isnin (7 Feb) dan akan mula beroperasi semula pada hari selasa (8 Feb). Risik punya risik rupa-rupanya bos tak nak masuk hari isnin sebab nombor tak cantik! Percaya sungguh mereka dengan benda-benda macam tu... Yelah masuk hari selasa tarikh dia 8 cantik maaaa... Huh! tak fasal-fasal kami kena kerja hari cuti thaipusam dan hari sabtu (kerja full day) yang lepas semata-mata untuk ganti hari yang bercuti. Kalau tak kena tolak annual leave! Ishh tak nak laaa lebih baik saya simpan untuk cuti raya puasa atau raya haji nanti. Takpun simpan cuti tu... mana tau nak pi jumpa oppa & onni dengan geng UB *jeling-jeling kat komrad UB* lagi seru banget sih!!

Okeylah... selamat bercuti semua...

Back to Top