0

Pentingnya Mengingat Kematian

Asalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Sesungguhnya kematian adalah haq, pasti terjadi, tidak dapat disangkal lagi. Allah s.w.t berfirman, ertinya, "Dan datanglah sakaratul maut yang sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari dari padanya." (QS. Qaaf:19)

Siapakah di antara kita yang meragui kematian dan sakaratul maut? Apakah ada orang yang meragui kubur dan azabnya? Siapakah yang mampu menunda kematiannya dari waktu yang telah ditentukan?

Mengapa manusia sombong padahal kelak akan dimakan ulat? Mengapa manusia melampaui batas padahal di dalam tanah kelak akan terbujur? Mengapa menunda-nunda, padahal anda mengetahui kematian akan datang secara tiba-tiba?

Hakikat Kematian

Adalah salah bila ada orang yang menyangka bahawa kematian itu hanya kefanaan semata dan pengakhiran secara total yang tidak ada kehidupan, perhitungan, hari dikumpulkan, kebangkitan, syurga atau neraka padanya!!Sebab andaikata demikian, tentulah tidak ada hikmah dari penciptaan dan wujud kita. Tentulah manusia semua sama saja setelah kematian dan dapat beristirahat lega; samada mukmin dan kafir, samada pembunuh dan terbunuh, samada si penzalim dan yang dizalimi, samada yang taat dan maksiat, samada penzina dan yang rajin solat, samada ahli maksiat dan ahli takwa

Pandangan tersebut hanyalah bersumber dari pemahaman kaum atheis yang mereka itu lebih buruk dari binatang sekali pun. Yang mengatakan seperti ini hanyalah orang yang telah tidak punya rasa malu dan menggelarkan dirinya sebagai orang yang bodoh dan 'gila.' (Baca: QS. At-Taghabun:7, QS.Yaasiin: 78-79)

Kematian adalah terputusnya hubungan ruh dengan badan, kemudian ruh berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain, dan seluruh lembaran amal ditutup, pintu taubat dan pemberian masa pun terputus.

Nabi s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selama belum sekarat." (HR. At-Turmuzi dan Ibn Majah, disahihkan Al-Hakim dan Ibn Hibban)

Kematian Merupakan Musibah Paling Besar!!

Kematian merupakan musibah paling besar, kerana itu Allah s.w.t. menamakannya dengan 'musibah maut' (Al-Maidah:106). Bila seorang hamba ahli taat didatangi maut, ia menyesal mengapa tidak menambah amalan solehnya, sedangkan bila seorang hamba ahli maksiat didatangi maut, ia menyesali atas perbuatan melampaui batas yang dilakukannya dan berkeinginan dapat dikembalikan ke dunia lagi, sehingga dapat bertaubat kepada Allah s.w.t. dan mula melakukan amal soleh. Namun! Itu semua adalah mustahil dan tidak akan terjadi!! (Baca: QS. Fushshilat: 24, QS. Al-Mu'minun: 99-100)

Ingatlah Penghancur Segala Kenikmatan!!

Nabi s.a.w. menganjurkan agar banyak mengingat kematian. Beliau bersabda, "Perbanyaklah mengingat penghancur kenikmatan (maut)," (HR. At-Tirmidzi, hasan menurutnya).

Imam Al-Qurthubi r.a. berkata, "Para ulama kita mengatakan, ucapan beliau, "Perbanyaklah mengingat penghancur kenikmatan", merupakan ucapan ringkas tapi padat, menghimpun makna peringatan dan amat mendalam penyampaian nasihatnya. Sebab, orang yang benar-benar mengingat kematian, pasti akanmengurangi kenikmatan yang dirasakannya saat itu, mencegahnya untuk bercita-cita mendapatkannya di masa yang akan datang serta membuatnya menghindar dari mengangankannya, sekalipun hal itu masih mampu dicapainya.

Namun jiwa yang beku dan hati yang lalai selalu memerlukan nasihat yang lebih lama dari para penyuluh dan untaian kata-kata yang meluluhkan sebab bila tidak, sebenarnya ucapan beliau tersebut dan firman Allah s.w.t. dalam surat Ali 'Imran ayat 185, (artinya, "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati) sudah cukup bagi pendengar dan pemerhati-nya.!!"

Siapa Orang Yang Paling Cerdik?

Ibnu Umar r.a pernah berkata, "Aku pernah mengadap Rasulullah s.a.w sebagai orang ke sepuluh yang datang, lalu salah seorang dari kaum Anshor berdiri seraya berkata, "Wahai Nabi Allah, siapakah manusia yang paling cerdik dan paling tegas?" Beliau menjawab, "(adalah) Mereka yang paling banyak mengingat kematian dan paling siap menghadapinya. Mereka itulah manusia-manusia cerdas; mereka pergi (mati) dengan harga diri dunia dan kemuliaan akhirat." (HR. Ath-Thabrani, disahihkan al-Munziri

Manafaat Mengingat Kematian

Di antara faedah mengingat kematian adalah:

Ø Mendorong diri untuk bersiap-siap menghadapi kematian sebelum datangnya.
Ø Memendekkan angan-angan untuk lama tinggal di dunia yang fana ini, kerana panjang angan-angan merupakan sebab paling besar lahirnya kelalaian. Ø Menjauhkan diri dari cinta dunia dan redha dengan yang sedikit.
Ø Menguatkan keinginan pada akhirat dan mengajak untuk berbuat ta'at.
Ø Meringankan seorang hamba dalam menghadapi ujian dunia.
Ø Mencegah kerakusan dan ketamakan terhadap nikmat duniawi.
Ø Mendorong untuk bertaubat dan muhasabah kesalahan masa lalu.
Ø Melembutkan hati, membuat mata menangis, memberi semangat untuk mendalami agama dan menghapuskan keinginan hawa nafsu.
Ø Mengajak bersikap rendah hati (tawadhu'), tidak sombong, dan berlaku zalim.
Ø Mendorong sikap toleransi, mema'afkan teman dan menerima kesalahan dan kelemahan orang lain.

Perkataan Orang-Orang Arif

§ Al-Qurthubi r.a berkata, "Umat sepakat bahwa kematian tidak memiliki usia tertentu, masa tertentu dan penyakit tertentu. Hal ini dimaksudkan agar seseorang senantiasa waspada dan bersiap-siap menghadapinya."

§ Yazid Ar-Raqqasyi r.a. berkata kepada dirinya, "Celakalah engkau wahai Yazid! Siapa orang yang akan menggantikan solatmu setelah mati? Siapa yang berpuasa untukmu setelah mati? Siapa yang memohon keredhaan Allah untukmu setelah mati? Wahai manusia! Tidakkah kamu menangis dan meratapi diri sendiri dalam sisa hidup kamu? Siapa yang dicari maut, kuburan jadi rumahnya, tanah jadi katilnya dan ulat jadi teman rapatnya, lalu setelah itu ia akan menunggu lagi hari kecemasan yang paling besar; bagaimana keadaan orang yang seperti ini nanti.?" Beliau pun kemudian menangis.

§ Ad-Daqqaq r.a. berkata, "Siapa yang banyak mengingat kematian, maka ia akan dimuliakan dengan tiga perkara: Segera bertaubat; Mendapatkan kepuasan hati; dan bersemangat dalam beribadah. Dan siapa yang lupa akan kematian, maka ia akan disiksa dengan tiga perkara: Menunda untuk bertaubat; Tidak merasa cukup dengan yang ada dan malas beribadah."

§ Al-Hasan Al-Bashri r.a. berkata, "Sesungguhnya kematian ini telah menghancurkan kenikmatan yang dirasakan para penikmatnya. Kerana itu, carilah kehidupan yang tidak ada kematian di dalamnya."

Faktor-Faktor Pendorong Mengingat Kematian

1. Ziarah kubur. Nabi s.a.w. bersabda, "Berziarah kuburlah kamu, sebab ia dapat mengingatkanmu akan akhirat." (HR. Ahmad dan Abu Daud, disahihkan Syaikh Al-Albani)

2. Melihat mayat ketika dimandikan.

3. Menyaksikan orang-orang yang tengah sekarat dan menalqinkan mereka dengan kalimat syahadat.

4. Mengiringi jenazah, solat ke atasnya serta menghadiri pengkebumiannya.

5. Membaca Al-Qur'an, terutama ayat-ayat yang mengingatkan akan kematian dan sakratul maut seperti ayat 19 surat Qaaf.

6. Uban dan Penyakit. Kedua hal ini merupakan utusan malaikat maut kepada para hamba.

7. Fenomena alam yang dijadikan Allah s.a.w. untuk mengingatkan para hamba akan kematian seperti gempa, gunung meletus, banjir, badai dan sebagainya.

8. Membaca berita-berita tentang umat-umat masa lalu yang telah dibinasakan oleh maut.

Semoga Allah s.w.t. menutup akhir hayat kita dengan Husnul Khatimah dan menerima semua amal shalih kita, Amin.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.

Gersang Bumi Tanpa Hujan,
Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Jiwa Tanpa Amal,
Gersang Hati Tanpa Iman
0

Doa senjata umat Islam

DAN Tuhanmu berfirman: " Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orangorang yang menyombong diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina." (Ghaffir: 60)

Sebagaimana yang tercatat dalam surah di atas, Allah s.w.t. memberi jaminan bahawa setiap doa hamba-Nya akan dimakbulkan oleh-Nya. Pun begitu, kita tidak seharusnya berasa gusar sekiranya doa kita tidak tertunai. Ini kerana, menurut hadis yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah, Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa

Allah hanya akan menerima doa hamba-Nya melalui tiga cara iaitu:
* Diperkenankan doanya ketika di dunia, dengan diberikan apa sahaja hajatnya.
* Doanya telah diperkenankan, tetapi hajatnya itu disimpan dan akan diberikan di akhirat kelak, dan
* Doanya telah diperkenankan, tetapi bukan dengan diberikan apa yang diminta, tetapi dengan cara diselamatkan dirinya daripada bala bencana.

Doa selain menjadi senjata yang ampuh umat Islam, ia juga merupakan jalinan yang hebat menghubungkan hamba dengan Pencipta Yang Maha Esa. Walau bagaimanapun, doa disarankan untuk diamalkan dengan penuh adab serta kaifiat bagi mendatangkan kesan yang optimum.

Contoh, Al-Qhadi ‘Iyad secara tegas mencadangkan kepada para Muslim untuk berdoa dengan doa yang warid daripada Rasulullah s.a.w. dan apa yang terdapat dalam al-Quran sahaja. Ini kerana, Allah s.w.t. telah mengajar umat Islam teknik dan gaya permohonan doa yang paling tepat menerusi firman-firman-Nya yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Antara kelebihan doa Nabi s.a.w. ialah ia merupakan kombinasi tiga perkara iaitu; kefahaman kepada akidah, mesej yang tepat dengan menggunakan bahasa yang jelas dan nasihat buat umat.

Mustajab
Justeru itu, pelbagai perkara seperti adab-adab berdoa, waktu-waktu dan tempat-tempat mustajab doa, kategori mereka yang dimakbulkan doa serta kaedah memilih doa-doa yang ma’thur dari al-Quran dan hadis perlulah kita ketahui dalam memastikan doa yang dipohon dimakbulkan Allah s.w.t.

Sumber - petikan dari : http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_05.htm
0

Wahyu Pertama Rasulullah

BACALAH dengan nama Tuhanmu, yang menjadikan manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu amat mulia, yang mengajarkan dengan pena. Mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (al-Alaq: 1-5)

AYAT di atas merupakan wahyu pertama yang diturunkan pada 17 Ramadan dan bersamaan dengan 6 Ogos tahun 610 Masihi. Peristiwa ini berlaku sewaktu Rasulullah berusia 40 tahun. Baginda sangat sedih melihat kehidupan kaum Quraisy pada waktu itu. Mereka hidup tanpa tujuan dan bertuhankan hawa nafsu.

Tidak berapa jauh dari kota Mekah, terdapat sebuah gua yang terpencil dan jarang dikunjungi orang. Gua itu bernama Gua Hira’. Rasulullah sering duduk sendirian dan gua itu. Baginda termenung memikirkan kejadian alam dan kebesaran Penciptanya.

Baginda tinggal di dalam gua itu untuk beberapa hari. Kadang-kadang sampai berminggu-minggu. Apabila bekalan makanan habis, barulah baginda pulang. Isterinya Siti Khadijah tidak pernah merungut dengan kelakuan baginda.

Suatu hari, Rasulullah didatangi oleh Malaikat Jibril. Baginda terkejut melihat suatu lembaga yang besar sedang berdiri di hadapannya.

“Bacalah,” suruh Malaikat Jibril.

“Saya tidak tahu membaca,” jawab Rasulullah jujur.

Malaikat Jibril mendakap Rasulullah dengan kuat dan berkata: “Bacalah!”

“Saya tidak tahu membaca,” jawab Rasulullah lagi. Baginda adalah seorang yang buta huruf.

Jawapan itu menyebabkan Malaikat Jibril memeluk baginda sekali lagi. Jibril menyuruh baginda, membaca dan Nabi Muhammad mengulangi jawapannya bahawa baginda tidak tahu membaca.

Malaikat Jibril memeluk baginda buat kali yang ketiga. Pelukan itu lebih erat daripada yang sebelumnya. Akibatnya, baginda kelemahan dan lemah tidak bermaya.

Malaikat Jibril pun melepaskan pelukan di tubuh baginda. Dia kemudiannya membaca surah al-Alaq. Baginda mengikut bacaan Malaikat Jibril itu.

Selepas itu, baginda pun pulang ke rumah. Surah al-Alaq adalah wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. Selepas peristiwa itu, Rasulullah menerima lebih banyak wahyu daripada Allah untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia supaya mereka tetap berada pada jalan kebenaran.

* Petikan daripada buku Untaian 366 Kisah Daripada al-Quran, Edusystem Sdn. Bhd. Tel: 03-6137 9220 atau e-mel: edusb@streamyx. com.

copyright : http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm

~ wassallam ~
0

Tazkirah - Air Mata Nabi Adam

Assalamu`alaikum W.b.t

Air Mata Nabi Adam

Tahukah kita semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip.

Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini." Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.

Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Apa Yang Akan Ditanya:
Dalam sehari ada 24 jam.? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali. Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk? "

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika didunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan. Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan. Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka didunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."

Wassallam.
0

THANK YOU

to all my colleague ~ thank you soo much for the lovely party..!!
0

tanpa tajuk...

huhuhu sudah berkurun rasanya aku biarkan rumah ini sepi tanpa sebarang berita. Aku sekadar menjenguk, kot2 ada pengunjung yang singgah dan menitipkan apa2 berita... tapi ye lah rumah ini juga rasanya tiada pengunjung..!!

Apa yea yang nak aku coretkan di sini..?? aku pun tak tahu..!! aku sekadar sayang untuk meninggalkan terus rumah ini... tapi aku jugak tak ada apa2 berita menarik untuk dicoretkan di sini..!! serba salah aku jadinya. so untuk kali ini cukup sekadar aku menjenguk muka...!! sebagai peringatan bahawa aku masih punyai rumah selain duniaku dan sembang buku...
Back to Top