0

ulat buku gathering

28/1 ~ seawal jam 9.00 pagi aku dah kluar dari rumah... dan hala yang dituju... mana lagi kalau bukan sogo tempatnya... Hari yang telah mencatat sejarahnya yang tersendiri... yang akan menjadi kenangan yang paling indah dalam hidup aku.

Ulat buku gahtering yang ke- *berapa ek..?? aku pun dah tak boleh nak kira... tapi yang pastinya tiap kali acara berlangsung ahli bertambah ramai... tapi aku suka!! bermakna bertambah lagi kenalan dari alam maya ke alam nyata... alam yang aku boleh peluk sorang2 erat2.

Perjumpaan kali ini x-tra special... selain untuk meraikan besday kaknOOr, izzul & ruby yang bukan mudah untuk melaksanakannya... sebab nak kena rahsiakannya dari besday gurls tu... selain untuk meraikan kelahiran baby baru... Dua Dunia JiD & 5t5b Hlovate... yang paling special... penampilan istimewa Datin Pink yang sanggup turun ke kl semata2 nak hadiri gathering ini. *peluk pink kuat2*.

Akhirnya... impian jadi nyata. tidak perlu lagi aku bermimpi untuk peluk pink di alam maya... aku dapat peluk pink secara live... klu ada video cam... nak je aku videokan detik bersejarah itu... tapi takpa lah... yang pastinya kenangan itu akan terpahat kukuh dilipatan sanubari aku. Dan sebelum dia jumpa geng2 yang lain... aku dapat jumpa Pink dulu & siap supping lagi kat Grd Floor Sogo yang tengah meriah ngan salenya...!!!

Acara bermula... tak tahu start jam berapa tapi yang pastinya aku merasakan masa bergerak tersangatlah pantasnya... sedar tak sedar... aku terpaksa undur diri dengan hati yang berat... berat nak tinggalkan Pink yang entah bila lagi akan bersua muka... rasa macam banyak lagi yang nak aku sembangkan dengan pink... berat nak tinggalkan kawan2 yang masih meriah bertukar cerita... sedangkan aku terpaksa undur diri. Moga2 akan ada lagi perjumpaan yang seumpama ini di lain hari.

0

Majlis...

Malam tadi aku menggantikan tempat Abang Yie yang sepatutnya menghadiri majlis ini. Majlis penyampaian sumbangan ikhlas untuk arwah kak ja. Majlis yang berlangsung di Eastin Hotel ini merupakan majlis yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia yang mengadakan mesyuarat berkenaan pemeriksaan kertas BM untuk SPM 2006 peringkat akhir sebelum result SPM diumumkan sekitar bulan Mac.

('o')
0

Selamat Tahun Baru 1428H


SALAM MAAL HIJRAH 1428
khas buat kawan2 semua
moga kedatangan tahun baru ini sahabat2 semua mendapat kerahmatan dan keberkatan dari yang maha ESA dan dipermudahkan segala urusan.
~ameen~
0

Sharifah Hannan Sofiyya

Hari ini aku sepatutnya menghadirkan diri ke perjumpaan yang diadakan di suatu tempat di kl... tapi di saat akhir aku rasa m*al** lak nak join... daripada ke sana baik aku gi tengok baby baru kat Taman Shamelin Perkasa Cheras.

Dari rumah aku singgah isi minyak penuh2 mana tau kalau sesat... & minyak abis tak dak la ada orang kena tolak pulak kete comel aku tu. Kali ni aku bawak escort... si syamalyn *hehehe nama baru buah hati aku* Aku singgah ambik wabbit kat umah dia dan terus ke sogo untuk ambik kak nOOr.

Selepas berpusing 2-3 kali... akhirnya kami tiba ke destinasi yg dituju. Kedatangan kami di sambut dengan ceria oleh tuan umah.... *peluk tuan umah kuat2... windunye* dan baby baru... eeee comeinye... geram aku tengok... si comei tu Sharifah Hannan Soffiya... ampun bonda dia kalau salah eja..!! Biasalah... kalau dah bertemu... topik yang selalu jadi perdebatan adalah pasal buku... agaknya kalau jumpa tak borak pasal buku memang tak sah kot... Lebih kurang jam 1.30 kami beredar untuk memberi peluang kepada tuan umah untuk berehat.

Kami singgah makan kat sogo... tingkat 6 food court... thank you very much kak nOOr yang dengan murah hati belanja aku dan syamalyn aku makan... nyum nyum nyum... kenyang perut & hati pun senang dapat jumpa.

('o',)
0

Sebulan berlalu...

Hari ini genap sebulan arwah kak ja kembali ke rahmatullah. Pada mulanya aku hadapi hari ini macam hari-hari biasa je... tapi bila bingkisan dari Abang Yie tiba ke tangan aku dan dari sehelai ke sehelai lebaran kertas aku belek dan baca... aku menjadi sayu... terasa bagaikan tangkai hati aku dicucuk benda tajam... sakit & ngilu bergumpal di dalam dada dan tanpa dapat di tahan air mata aku gugur... Aku rindu kehadirannya... rindu sesangat. Hanya doa dan sedekah Al-Fatihah yang dapat aku hadiahkan buat arwah... agar dia tenang disisi pencipta-NYA.

~ameen~

Note: Kertas tersebut adalah claim insurans yang akan aku submitt hari isnin minggu depan
0

Sabah Mania

Selepas beberapa hari dok ding dong ding dong.... akhirnya lepas gak satu halangan. Booking tiket Air Asia untuk penerbangan ke Kota Kinabalu Sabah pada tarikh 12 July 2007 hingg 14 July 2007.

Sebenarnya rancangan untuk cuti-cuti malaysia ni dah lama dirancangkan. Dari tahun lepas sebelum arwah kak ja masih ada lagi dan dia yang beria-ia nak ke sana. Aku sekadar mengekor aje. Maklumle... selalunya kalau arwah ada... lepas le untuk makan ke tempat tinggal ke... sebab dia dah jadi banker kami. hehehe.

Tapi memandangkan abah dah macam excited nak pergi sabah... maklumlah tak pernah sampai sana pun... begitu juga aku... begitu teruja nak pergi... tambahan pulak cousin aku dok study kat UNIMAS so... boleh le mintak tolong dia uruskan tentang tempat tinggal selama kami berada di sana. Yang menjadi problem sikit adalah... rombongan kami seramai 14 dewasa & 6 kanak2. Tak pa lah... yang tu akan difikirkan kemudian...

Dalam pada aku dok telefon... sms ngan Lili... sebab konon2nya nak book tiket bairlah dapat flight yang sama... tapi berlaku gak masalah teknikal yang akhirnya... group Lili akan bertolak jam 7.55 pagi pada 12 July dan balik jam 17.10 petang 14 July. Manakala group aku pulak akan bertolak jam 9.35 pagi dan balik jam 18.10 petang 14 July ini gara-gara nak dapatkan harga promosi... tak sampai 24 jam harga dah naik...!!!

Apa2pun banyak perancangan yang perlu dilakukan agar cuti2 mesia family aku ini berjalan dengan lancar. Kena gak fikir masalah nak ke LCCT dari rumah aku... dan nak kena fikir gak balik nanti macam mana... sebab kalau setakat 4 - 5 orang ok le lagi... ni 14 dewasa & 6 kanak2 yang perlu diberi perhatian... pening kepala gak nak fikir ni...

hehehe... apa2pun aku dah tak sabar2 nak menjejakkan kaki ke negeri di bawah bayu tu... nak kena menabung untuk duit shopping... dalam kepala aku dah bermacam2 benda yang aku nak beli termasuklah... tikar & set mutiara...

~adios~
3

a simple note to syud...

0

Happy Birthday Sis

Hari ni merupakan birthday kakak aku si Lina... so aku nak ucapkan untuk dia

HAPPY BIRTHDAY SIS...!!!
aku dah lama tak hantar kad untuk dia... bukan lupa... tapi sebab diapun tak pernah antar kad kat aku... hehehe sorry dear... not use to it anymore!!! anyway I'm still got the feeling and will always have... LOVE YOU...!!!
so this card specially design for you..

Sending you lots of love


love you always sis,
me - lila
0

Tragedi Disember 2006

Tiada kata2 yang dapat aku lafazkan untuk menzahirkan perasaan aku melain ucapan...

SUBHANALLAH... MASYALLAH...




* credit to zul yang sudi ambikkan gambar ini kat balai polis maran *
**********
Keratan Akhbar Utusan Malaysia Edisi Pantai Timur yang disiarkan pada 20 Disember 2006

~ AL - FATIHAH ~
0

Salam Eidul Adha & Selamat Tahun Baru 2007

*^* sALAm EiDuL aDHa *^*

Sambutan Hari Raya Aidil Adha yang telah disambut pada 31 Disember 2006 yang lalu terasa hambar & tak semeriah seperti tahun2 sudah. Kehilangan arwah Kak Ja amat2 kami rasai.

Aku yang pada mulanya tidak berhajat nak balik... balik jugak memikirkan akan mak aku yang masih lagi dalam trauma. Semoga kepulangan aku sedikit sebanyak meringankan beban perasaan yang ditanggungnya. Walaupun aku sedar, kehadiran aku tak akan sama dengan kehadiran arwah kak ja tapi aku harap berkumpulnya kami adik beradik mengurangkan sikit perasaan kehilangan arwah.

Tahun ni, Lili adik aku yang kat bangi menjalani ibadah korban. Si Lida beraya kat Rantau Panjang rumah mertua dia... suaminya nak buat sembahyang hajat sempena si Lida dapat posting kat Johor. Si Rose pula buat akikah untuk Yasmin kat rumah mertuanya di Ketereh dan akan bawak balik daging untuk dijamu pada hari raya ke-2.

Tengah hari tu... seluruh rumah aku berbau daging. Mana taknya dengan daging korban lili 1 bahagian, lepas tu abang Yie suami arwah kak ja bawak balik daging korban yang sepatutnya milik kak ja sebanyak 1 1/2 bahagian, si Rose bawak balik daging akikah Yasmin & si Lida bawak balik daging lagi. Seharian aku terpaksa membantu mak aku menguruskan daging.

Tahun ini aku terasa sangat akan ketiadaan arwah kak ja... kerana selalunya pada malam raya selalunya kami akan buat BBQ. Ye lah... daging korban akan menjadi mangsa... =) selain itu... ikan, ayam, sotong, sosej juga ada. Dan yang paling best... air pencicah yang arwah sediakan... nyum nyum best sangat. Aku pernah try buat tapi ada je yang kurang... mesti nak kakak jugak yang buat. Huk huk huk sedihnya...!!! semuanya tu dah tinggal kenangan.


*^* Selamat Tahun Baru 2007 *^*
Tahun 2006 telah 3 hari berlalu meninggalkan pelbagai pahit manis kenangan yang akan terus terpahat di lipatan memori kita semua. Bagi aku, tahun 2006 telah aku tinggalkan dengan satu kenangan yang tidak mungkin aku lupakan sampai bila2... kehilangan arwah kak ja akan menjadi sejarah yang paling pahit untuk aku & keluarga aku kenangkan.

Aku pasrah dengan ketentuan takdir... setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepada penciptaNya, dan aku masih lagi dalam situasi untuk menyesuaikan diri... menerima kenyataan bahawa beliau sudah tiada, dan aku tidak tahu bila masa aku akan tiba... dan yang pastinya ianya tidak akan tercepat atau terlewat barang seminit.

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat menyambut Tahun Baru 2007 khas buat kawan2 yang sudi menjengah teratak aku ini. Walaupun tahun 2007 sudah 3 hari berlalu, harapan dan doa aku agar kawan2 sentiasa beroleh keberkatan dan kesejahteraan dalam hidup kalian dan tidak hanya setahun di tahun 2007 sahaja. Semoga kasih sayang antara kita akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat kita.

salam sayang
~wan~
Back to Top